Lebuhraya Pan Borneo Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd

Pada tahun 2016, DMIA dipilih sebagai salah satu daripada kontraktor bagi projek menaiktaraf Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak. Ia akan bergandungan dengan Hock Seng Lee Berhad (HSL) melalui HSL DMIA JV Sdn Bhd. Pakej kontrak bagi syarikat tersebut ialah pakej kontrak 7 (WPC07) yang menghubungkan Simpang Bintangor dan Jambatan Sg. Kua, termasuk Jambatan Batang Rajang. WPC07 merupakan sebahagian daripada 11 pakej yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk menaiktaraf infrastruktur dan memberi keselesaan yang maksima kepada rakyat. Panjang kseluruhan pakej itu ialah 75.97 km (47.21 bt).